SAHABAT
Tuesday, 19 February 2013, ϟ 0 shout(s)

UNTUK SEORANG SAHABAT :')

Helaian semi helaian buku itu deselak. Tiba-tiba sekeping sampul surat berwarna biru terjatuh dari salah satu helaian yang diselak. Sampul itu diambil. Tertera dihadapan muka sampul itu " UNTUK SEORANG SAHABAT ". Hati tertanya-tanya siapa empunya surat itu. Mungkin seseorang yang meminjam buku sebelumnya tertinggal surat didalam buku ini. Namun hatinya tertarik untuk membaca isi dalamnya. Lantas dibuka sampul itu. Tertera tinta pena berdakwat hitam menghiasi kertas putih itu...

✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂






UNTUK SEORANG SAHABAT

Saya dan awak adalah sahabat. Saya sentiasa ada di waktu awak susah dan senang. Saya sentiasa ada di waktu awak suka dan duka. Saya selalu memberi awak kata-kata semangat agar awak lebih mengenali siapa diri awak yang sebenar. Saya selalu membuat awak ketawa dan tersenyum di kala awak sepi. Saya selalu memujuk awak kalau awak menangis dan sedih..

Saya dan awak adalah sahabat. Awak pernah memutuskan persahabatan saya. Namun ibarat pepatah, persahabatan tidak pernah akan putus. Suatu hari nanti pasti sahabat itu dicari semula.  Saya tidak pernah membuang sahabat tetapi kadang-kadang sahabat itu yang membuang saya. Dari sini saya akan mengajar awak erti keikhlasan dalam persahabatan..

Saya dan awak adalah sahabat. Saya banyak belajar erti persahabatan  dalam hubungan ini. Untuk bersahabat dengan saya, awak kena belajar berterus-terang kerana dalam hukum persahabatan tiada rahsia yang boleh membuatkan hati seorang sahabat terluka. Awak kena pandai menjaga hati seorang sahabat supaya awak tidak akan kehilangan erti persahabatan yang sebenar..

Untuk awak, saya titipkan satu kata-kata yang diperolehi dari pembacaan.....

Kalau satu hari awak menangis. Beritahu saya, saya tak janji nak buat awak senyum, tapi saya boleh menangis bersama awak. Kalau satu hari nanti awak ada masalah. Beritahu saya, saya tak janji nak bagi penyelesaian tapi awak boleh kongsi dengan saya. Kalau satu hari nanti awak nak pergi berjalan. Beritahu saya, saya bukan nak halang awak.... Tapi, saya boleh teman dan menjaga awak. Kalau suatu hari nanti awak perlukan seseorang untuk mendengar cerita awak, saya janji saya akan ada untuk awak.

Tapi, kalau suatu hari nanti awak perlukan saya, dan saya tak muncul-muncul kerana ALLAH lebih memerlukan saya dan saat itu saya perlukan  ❝hadiah❞ PERSAHABATAN dari awak...

Saya dan awak adalah sahabat. Seandainya suatu hari nanti saya tiada lagi di sisi awak... Awak kena ingat bahawa, persahabatan saya dan awak tidak pernah putus dan awak kena belajar erti berdikari dalam persahabatan kerana waktu itu awak akan tahu betapa pentingnya seorang sahabat dalam hidup awak .....


✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂

Usai membacanya, hatinya tersentuh. Disimpan kembali surat itu ke dalam sampulnya. Biarlah surat itu berada di dalam buku itu agar setiap insan yang meminjam buku ini dapat membaca isi surat ini.  Kerana surat ini bukanlah rahsia hati seseorang tetapi rahsia hati seorang sahabat yang belajar apa itu erti persahabatan.

✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂ ✂

Terima Kasih, kerana membaca. Post kali ini bukan dari idea sendiri tetapi di-COPY dari blog lain kerana saya terasa sesuatu yang "aneh" apabila membaca post ini.. Dan saya tujukan post ini kepada semua sahabat saya yang rapat, jauh, dan yang baru :') 



 


new past